Sporting jejas harapan Madrid

Sporting jejas harapan Madrid

MADRID, 20 Mac (AFP) – Sporting Gijon menjaringkan dua gol pada 11 minit terakhir untuk memberi tamparan hebat terhadap usaha Atletico Madrid memburu kejuaraan Liga Sepanyol musim ini apabila mencatat kemenangan 2-1, malam tadi.

Sepakan percuma cantik Antoine Griezmann pada babak pertama meletakkan Atletico di depan.

Bagaimanapun, Atletico menerima kesan terhadap usaha mereka yang terpaksa bermain sehingga penentuan sepakan penalti ketika bertemu PSV Eindhoven dalam saingan Liga Juara-Juara pada aksi pertengahan minggu apabila Antonio Sanabria dan Carlos Castro masing-masing menjaringkan gol pada lewat perlawanan.

Barcelona kini berkelebihan 11 mata menjelang pertembungan dengan Villareal, malam ini.

Aksi Griezmann ketika meraikan gol selepas berjaya membolosi gawang pasukan Atletico. Sporting menjaringkan dua gol pada 11 minit terakhir sekaligus mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Atletico. - AFP
Aksi Griezmann ketika meraikan gol selepas berjaya membolosi gawang pasukan Atletico. Sporting menjaringkan dua gol pada 11 minit terakhir sekaligus mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Atletico. – AFP

Penghuni tangga ketiga, Real Madrid turut berpeluang untuk merapatkan jurang kepada satu mata dengan Atletico apabila mereka melayan kunjungan Sevilla.

“Kami sentiasa jelas dengan objektif utama kelab iaitu untuk berada dalam kelompok tiga teratas. Inilah yang kami sedang lakukan, kekalahan ini bertentangan dengan hasrat untuk menjadi juara,” kata jurulatih Atletico, Diego Simeone.

Simeone membariskan pemain muda dengan melakukan lima perubahan dalam kesebelasan utamanya yang diturunkan ketika bertemu PSV. Atletico sering kali merasakan mereka menjadi mangsa jadual yang padat antara Liga Sepanyol dan saingan di pentas Eropah.