SPR siap sedia laksana pengundian awal esok

SPR siap sedia laksana pengundian awal esok

KUCHING, 2 Mei (Bernama) – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah bersiap sedia melaksanakan proses pengundian awal Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11) esok, melibatkan 24,604 pemilih di 79 pusat pengundian.

Pengarah SPR Sarawak, Datuk Takun Sunggah berkata pengundi terbabit terdiri daripada anggota keselamatan serta pasangan mereka, yang akan mengundi di 100 tempat mengundi di pusat-pusat berkenaan mulai 8 pagi hingga 5 petang.

“Saya berharap perjalanan (pengundian awal) berjalan lancar esok, dan semua pengundi awal akan mengundi di tempat-tempat mengundi yang telah ditetapkan,” katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Bagaimanapun, jumlah pemilih itu tidak melibatkan 418 pengundi awal di dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) – Bukit Kota dan Bukit Sari, berikutan kemenangan tanpa bertanding BN di kedua-dua kerusi itu pada hari penamaan calon, 25 April lepas.

ARTIKEL YANG SAMA