Spring Airlines beli 60 pesawat Airbus

Spring Airlines beli 60 pesawat Airbus

SHANGHAI, 3 Dis (AFP) – Penerbangan bajet rendah China, Spring Airlines mengatakan hari ini ia merancang untuk membeli 60 buah pesawat udara Airbus dari keluarga jet penerbangan A320, dalam perjanjian bernilai $6.3 bilion, berdasarkan senarai harga.

Tempahan itu termasuk 45 buah pesawat A320 dan 15 buah pesawat udara A321, semua dengan pilihan enjin baru efisien minyak, menurut kenyataan Spring Airlines kepada bursa saham Shanghai.

China, negara yang memiliki ekonomi kedua terbesar di dunia, sudah pun merupakan pembeli pesawat udara terbesar di Asia ketika kelas pertengahan semakin bertambah menggunakan laluan udara dalam bilangan yang semakin bertambah.

Penerbangan berpangkalan Shanghai itu mengatakan perjanjian itu, yang ditandatangani hari ini, menetapkan penghantaran pesawat bermula 2019 hingga 2023, menurut kenyataan tersebut.

Pada Julai, Spring mengumumkan rancangan untuk membeli 21 pesawat Airbus A320 pada harga 12.45 bilion yuan (AS$1.9 bilion), memetik pertumbuhan dalam perjalanan udara domestik dan antarabangsa, bagi penghantaran bermula 2015 hingga 2017.

Pembuat pesawat udara AS, Boeing, pesaing Airbus, menganggarkan China akan menambah 6,330 pesawat udara baru bernilai $950 bilion kepada armada komersialnya menjelang 2034.

Spring Airlines mula beroperasi pada 2005 dan terbang lebih 90 laluan domestik dan antarabangsa, menurut laman webnya.

ARTIKEL YANG SAMA