Springboks mara suku akhir

Springboks mara suku akhir

LONDON, 8 Okt (Agensi) – Skuad Springboks menunggu ke separuh kedua sebelum mereka mengamuk ke atas Amerika Syarikat dalam perlawanan Kumpulan B mereka pada Piala Dunia Ragbi 2015 di Stadium Olimpik petang semalam dan menempah tiket ke suku akhir mereka.

Sepuluh try dan tujuh conversions menyaksikan Afrika Selatan membelasah skuad AS 64-0 dengan sayap Springboks Bryan Habana menambah jumlah ujian try beliau kepada 64.

Seperti yang dijangka ia merupakan perlawanan mudah bagi Springboks dalam Kumpulan B, skuad itu kelihatannya tidak menikmati sepenuhnya corak kebiasaan mereka yang berterusan melakukan serangan pada separuh pertama.

Pemain hadapan Afrika Selatan Willem Alberts (tengah) dan rakan sepasukannya Willie le Roux (kanan) melompat mendapatkan bola sambil disaingi pemain AS, Cameron Dolan (kiri) pada perlawanan di Stadium Olimpik, timur London, pada 7 Oktober 2015. – AFP
Pemain hadapan Afrika Selatan Willem Alberts (tengah) dan rakan sepasukannya Willie le Roux (kanan) melompat mendapatkan bola sambil disaingi pemain AS, Cameron Dolan (kiri) pada perlawanan di Stadium Olimpik, timur London, pada 7 Oktober 2015. – AFP

Meskipun mampu mendahului dengan 14-0 sehingga waktu rehat, separuh masa pertama kebanyakannya dipenuhi dengan keputusan yang kurang bagus, pengendalian yang rapuh serta hantaran bola yang banyak menyimpang.

Skuad Springboks juga kelihatan agak gabas ketika melakukan serangan sementara pertahanan AS kekal bersemangat. Afrika Selatan memecahkan kebuntuan pada minit ketujuh melalui try oleh Damian de Allande dan Pollard seterusnya membuat conversion.

Keadaan gopoh-gapah dalam pertahanan Springboks memberikan peluang sepakan penalti tetapi gagal disempurnakan sebaiknya oleh skuad AS.

ARTIKEL YANG SAMA