SPRM Sabah jejak empat individu bantu kes rasuah

SPRM Sabah jejak empat individu bantu kes rasuah

KOTA KINABALU, 14 Dis (Bernama) – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah sedang mengesan empat individu bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah.

Mereka ialah Ahmad Razini Md Rais, 36, beralamat terakhir di Taman Suliana, Seremban; Norman Abd Hamid, 47, (Taman Tasik Prima, Puchong); Alihanafie Ahmad, 32, (Kampung Delima, Kota Kinabalu) dan Lee Ehing @ Aster Lee Kim Kuan, 47, (Kampung Dabak, Penampang).

Mereka yang mengenali Ahmad Razini, Norman dan Lee boleh menghubungi Pejabat SPRM Sabah di talian 088-488382 atau 088-488383 atau Pegawai Penyiasat SPRM, Wan Kamal Noor Izwan Wan Kamarudin di talian 016-6367630 atau e-mel wankamal@sprm.gov.my.

Mereka juga menghungungi Rosli Sharif di talian 013-8178556 atau e-mel roslisharif@sprm.gov.my.