SPRM sudah rakam kenyataan Jho Low, Suboh

SPRM sudah rakam kenyataan Jho Low, Suboh

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah merakamkan kenyataan daripada ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low dan Pengarah SRC International Sdn Bhd Datuk Suboh Md Yassin di luar negara, pada Ahad lepas mengenai syarikat itu dan dana politik sebanyak RM2.6 bilion.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata kenyataan itu dirakamkan oleh pegawai SPRM, sambil menambah bahawa beliau belum membaca kenyataan yang dibuat oleh Jho Low dan Suboh.

Beliau, bagaimanapun tidak mendedahkan lebih lanjut mengenai kenyataan tersebut.

Mengenai hasrat SPRM untuk merakamkan kenyataan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai isu itu, Mohd Shukri berkata SPRM masih menunggu Najib untuk memberi respons terhadap perkara itu.

ARTIKEL YANG SAMA