Sproket juarai bola tampar PEMODA

Sproket juarai bola tampar PEMODA

Oleh Mohammad Abdullah

 

TUTONG, 3 April – Pasukan Sproket muncul sebagai juara Kejohanan Peringkat Akhir Bola Tampar PEMODA selepas menewaskan Pasukan Injektor 21-4, 21-16 yang diadakan di Pantai Seri Kenangan, Tutong.

Sementara itu, Pasukan Fuel Cap dan Pasukan Pistol, masing-masing menduduki tempat ketiga dan keempat.

Menurut Yang Di-Pertua PEMODA, Pengiran Haji Redzuan bin Pengiran Haji Ahmad, acara ini adalah merupakan sebahagian daripada program pembangunan PEMODA iaitu program ‘Keep fit and ride’ yang bertujuan bagi meningkatkan kesedaran dalam aspek kesihatan.

Selain daripada penggunaan tenaga, stamina dan mental dalam sukan tersebut, ia juga mampu untuk meningkatkan konsep setiakawan khususnya dalam berpasukan dalam kalangan PEMODA, jelasnya lagi.

Juara Kejohanan Bola Tampar PEMODA.
Juara Kejohanan Bola Tampar PEMODA.

Beliau memberitahu bahawa sejumlah enam acara sukan yang disertai sekurang-kurangnya 15 orang ahli telah diadakan iaitu boling, bulu tangkis, merintis, futsal, kaki tiga dan bola tampar. Mata setiap kumpulan yang diperolehi akan dikumpulkan dan pemenang keseluruhan akan diumumkan semasa Mesyuarat Agong PEMODA pada April nanti, tegasnya.

Pengiran Haji Redzuan juga berkata bahawa Kejohahan Sukan PEMODA dalam program ini telah berjalan sejak bulan Oktober tahun lepas, di mana lebih daripada 200 warga PEMODA telah menyertai program tersebut.

PEMODA juga berhasrat untuk meneruskan lagi aktiviti seumpamanya pada masa hadapan, memandangkan sambutan yang diterima daripada orang ramai sangat mengalakkan.