SPS Pusat Al-Islah beramal baiki Pusat Ehsan

SPS Pusat Al-Islah beramal baiki Pusat Ehsan

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 April – Dengan hasrat untuk membantu residen SPS Pusat Al-Islah untuk berintegrasi dalam masyarakat dengan menyumbangkan tenaga bersama mereka yang memerlukan, pegawai dan residen SPS Pusat Al-Islah, Biro Kawalan Narkotik mengadakan projek amal tahunan mereka, Program Nur Islah, dengan membantu melakukan kerja-kerja pembaikan di Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, kelmarin.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, program itu bermatlamat untuk membuka minda masyarakat menerima mereka melalui sumbangan yang diberikan oleh residen dalam masyarakat serta untuk meningkatkan kesedaran dan kemahiran para residen dalam tugas-tugas vokasional serta amalan bergotong-royong dalam masyarakat.

Bergotong-royong membaiki salah satu bahagian bangunan Pusat Ehsan.
Bergotong-royong membaiki salah satu bahagian bangunan Pusat Ehsan.

ARTIKEL YANG SAMA