SPS United belasah CP2 4-0

SPS United belasah CP2 4-0

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Jan – SPS United telah menunjukkan taringnya hari ini apabila membelasah CP2 4-0, di Perlawanan Kejohanan Liga 3 Penjuru 11 Orang Sepasukan anjuran Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan Tahun 2015-2016.

Gol pertama perlawanan yang berlangsung di Padang Bolasepak Jabatan Bomba dan Penyelamat, Lapangan Terbang Lama Berakas itu dijaringkan oleh Mohd Norhilham bin Haji Othman pada awal minit yang ke-5.

Jaringan kedua pula dijaringkan oleh Mohd Irwan bin Tahir pada minit ke-22.

SPS United ternyata bernasib baik apabila lapan minit selepas jaringan tersebut iaitu pada minit ke-30, SPS dianugerahkan sepakan penalti dan peluang untuk mengukuhkan lagi pendahuluan SPS United di perlawanan berkenaan tidak disia-siakan oleh Mohd Norhilham yang mengambil sepakan penalti tersebut.

Mohd Norhilham ketika menjaringkan gol keduanya melalui sepakan penalti.
Mohd Norhilham ketika menjaringkan gol keduanya melalui sepakan penalti.

Di separuh masa kedua, pada minit ke-57, SPS United sekali lagi menambah satu lagi jaringan, yang dijaringkan oleh Mohd Fadillah bin Othman dan keputusan 4-0 tersebut kekal sehingga pengadil meniup wisel bagi menandakan tamatnya perlawanan tersebut.

Perlawanan seterusnya ialah di antara City Hall yang mendahului carta kejohanan liga berkenaan, menentang SP Satu Yunait-Ideu pada 24 Januari, jam 4:30 petang, di tempat yang sama.

Kedua-dua pasukan sebelum ini belum pernah mengalami kekalahan di kejohanan liga berkenaan dan sudah setentunya perlawanan ini adalah perlawanan yang dinanti-nantikan oleh bagi orang ramai yang mengikuti perkembangan liga berkenaan.