SPS United peroleh kemenangan pertama

SPS United peroleh kemenangan pertama

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Jan – Kejohanan Liga 3 Penjuru 11 Orang Sepasukan Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan Tahun 2015-2016 diteruskan lagi pada tahun baru ini dengan hari ini, Komersial United menentang SPS United.

Perlawanan yang diadakan di Padang Bolasepak Jabatan Bomba dan Penyelamat, Lapangan Terbang Lama, Berakas itu berakhir dengan Komersial United ditundukkan oleh SPS United dengan jaringan tipis 1-0.

Pada separuh masa pertama, Komersial United nampaknya menguasai permainan dengan beberapa percubaan dan banyak hantaran yang cantik dilakukan namun tidak satu pun menghasilkan jaringan sehinggalah wisel dibunyikan oleh pengadil perlawanan.

Dua minit selepas separuh masa kedua dimulakan, SPS United mendahului perlawanan hasil daripada jaringan Awang Norman bin Lasiah.

Komersial United dan SPS United (jersi berwarna oren) bergambar ramai sebelum perlawanan dimulakan.
Komersial United dan SPS United (jersi berwarna oren) bergambar ramai sebelum perlawanan dimulakan.
Antara aksi di perlawanan tersebut.
Antara aksi di perlawanan tersebut.

SPS United mula mengawal perlawanan di separuh masa kedua dan kedua-dua pasukan telah menghasilkan banyak peluang untuk menjaringkan gol namun tidak menemukan gawang hinggalah wisel penamat dibunyikan.

Kedua-dua pasukan sebelum ini belum lagi merasai kemenangan mahupun seri di kejohanan liga berkenaan, SPS United sebelum ini telah tewas sebanyak dua kali dan Komersial juga telah tewas pada perlawanan pertama mereka menentang City Hall.

Komersial United seterusnya akan menentang PTC FT pada 8 Januari bermula jam 4:30 petang di tempat sama.

ARTIKEL YANG SAMA