S’pura terus buru dalang kebakaran hutan

S’pura terus buru dalang kebakaran hutan

JAKARTA, 3 Julai – Singapura enggan menarik balik usahanya untuk memburu mereka yang bertanggung jawab di atas kebakaran hutan yang mengakibatkan jerebu di Asia Tenggara tahun lalu, di sebalik berusaha gigih untuk membawa para penjenayah ke muka pengadilan dan mengundang teguran pedas dari negara jiran, Indonesia.

Kebakaran hutan adalah sebahagian masalah tahunan musim kering di Indonesia, yang dimulai dengan menyalahi undang-undang untuk cepat dan murah membersihkan tanah bagi penanaman – terutamanya bagi kelapa sawit dan kayu pulpa.

Namun letusan jerebu tahun lalu adalah yang paling teruk, menyelubungi Malaysia, Singapura dan beberapa bahagian Thailand dengan asap tebal dan memaksa penutupan sekolah apabila pencemaran mencecah tahap berbahaya dan beribu-ribu orang jatuh sakit di seluruh rantau itu.

Singapura telah memberikan notis kepada enam buah syarikat Indonesia yang dipercayainya telah membersihkan kawasan tanah dengan membakar tetapi mungkin menyasarkan yang lain ketika penyiasatan diteruskan, menurut duta Singapura ke Indonesia, Anil Kumar Nayar.

“Kami memburu mereka yang mengakibatkan masalah ini,” dia memberitahu AFP dalam satu temu bual minggu lalu.

Bagaimanapun usaha-usaha negara kota itu untuk menghukum syarikat-syarikat Indonesia di bawah undang-undang antijerebunya telah menjadi pertikaian dengan Jakarta.

Singapura mengatakan bahawa peraturan antarabangsa membolehkan negara-negara mengambil tindakan – meskipun bahaya berpunca dari kegiatan di luar bidang kuasanya, tetapi Jakarta mempersoalkan bagaimana Singapura boleh memburu warganegara Indonesia untuk dihukum, terutamanya dalam ketiadaan perjanjian penyerahan balik yang disahkan antara kedua-dua negara berjiran itu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA