Spurs benam Aston Villa 3-1

Spurs benam Aston Villa 3-1

LONDON, 3 Nov (AFP) – Tottenham Hotspur mengekalkan aksi konsisten dengan kemenangan 3-1 ke atas Aston Villa yang baru menerima kehadiran pengurus pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di White Hart Land semalam.

Beberapa jam sebelum perlawanan, Aston Villa mengumumkan bekas pemain Arsenal, Remi Garde sebagai pengendali baru kelab itu menggantikan Tim Sherwood yang dipecat bulan lalu.

Garde turut hadir pada perlawanan tersebut, namun hanya sebagai pemerhati di tempat duduk penonton menyaksikan permainan skuad barunya itu.

Dalam pada itu, Spurs meraih gol seawal tiga minit pertama melalui Mouse Dembele sebelum Dele Alli menyumbat gol kedua pada akhir babak masa pertama.

Pemain Tottenham, Dele Alli (tengah) meraikan kejayaannya menjaringkan gol pada perlawanan EPL Tottenham Hotspur menentang Aston Villa di Stadium White Hart Lane di London, pada 2 November 2015. – Agensi
Pemain Tottenham, Dele Alli (tengah) meraikan kejayaannya menjaringkan gol pada perlawanan EPL Tottenham Hotspur menentang Aston Villa di Stadium White Hart Lane di London, pada 2 November 2015. – Agensi

Ketinggalan dua gol pada separuh masa pertama tidak mematahkan semangat skuad Aston Villa apabila Jordan Ayew cuba membantu pasukannya merapatkan jurang gol pada minit ke-79 permainan.

Namun kebangkitan Villa yang cuba mengejar tuan rumah makin pudar selepas Harry Kane memastikan kemenangan selesa pada masa tambahan sebelum wisel akhir dibunyikan.

Keputusan tersebut menyaksikan anak buah Mauricio Pochettino mara ke tangga kelima kedudukan liga, kekurangan lima mata dengan pendahulu Machester City.

ARTIKEL YANG SAMA