Spurs benam City

Spurs benam City

LONDON, 3 Okt – Tottenham Hotspur mencipta kejayaan besar dengan menewaskan Manchester City 2-0 semalam. Spurs mendahului City menerusi gol sendiri Aleksandar Kolarov manakala Dele Alli mengesahkan kemenangan menerusi jaringan minit ke-37 sekali gus menyaksikan Pep Guardiola mengalami kekalahan liga pertamanya.

Spurs yang belum tewas setakat ini ketinggalan satu mata di belakang City yang kini mengumpul 18 mata di tahkta liga.

“Ini kejayaan besar, amat besar untuk pasukan kami melawan mereka. Saya amat gembira.

“Kadangkala perancangan kita berjaya dan kadangkala tidak tetapi Manchester City pasukan yang sangat kuat. Sangat sukar melawan mereka.

Manchester City mengalami kekalahan pertama mereka di bawah pengurus Pep Guardiola tatkala Tottenham Hotspur mengesahkan kelayakan kejuaraan Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 2-0 di White Hart Lane semalam.

Dele meraikan jaringan selepas berjaya membolosi pintu gawang pasukan lawan pada perlawanan menentang Manchester City di White Hart Lane, London pada 2 Oktober 2016. – AP
Dele meraikan jaringan selepas berjaya membolosi pintu gawang pasukan lawan pada perlawanan menentang Manchester City di White Hart Lane, London pada 2 Oktober 2016. – AP

Sementara itu juara bertahan Leicester City diikat seri tanpa jaringan oleh Southampton manakala Manchester United mengharungi seri 1-1 menentang Stoke City.

“Kita perlu mengikut perancangan ini selepas aksi perlawanan antarabangsa selepas ini dan perlu kerja keras.

Guardiola, yang tidak kalah dalam 11 perlawanan akur dengan kekalahan pertama pasukannya itu.

“Mereka lebih bagus, kami tidak berada pada posisi yang betul, tahniah kepada mereka.

“Kalah adalah sebahagian daripada pertandingan ini, juga adat dalam bidang ini. Saya tidak pernah terfikir kami akan sentiasa menang.

“Kadangkala kekalahan perlu supaya kita dapat meningkat kepada lebih baik,” katanya. – AFP