Spurs dominasi perlawanan

Spurs dominasi perlawanan

LOS ANGELES, 9 Mac (AFP)  – Dengan tiga pemain veteran mereka direhatkan dan jurulatih Gregg Popovich tidak hadir, San Antonio Spurs mendominasi menerusi LaMarcus Alndridge dalam kemenangan 116-91 semalam di Minnesota.

Aldridge menjaringkan 29 mata dengan 11 dari 13 lontaran, mencatatkan tujuh rebound, menghalang empat lontaran dan menyerahkan empat asis ketika Spurs, 54-10, memenangi perlawanan kesembilan dalam 10 perlawanan.

“Saya rasa semua pemain fokus,’ kata Aldridge. “Pemain kembali faham di mana untuk beraksi lebih baik. Saya rasa pemain bersaing dengan baik.”

Spurs merehatkan pemain penyerang, Tim Duncan dan pemain pengawal, Manu Ginobili sementara pemain dari Perancis, Tony Parker direhatkan kerana mengalami bengkak jari kaki dan Popovich tidak beraksi kerana isu kesihatan.

Jadi ia terserah bagi pembantu jurulatih Spurs, Ettore Messina untuk menjelaskan bagaimana San Antonio untuk beraksi pada suku pertama dengan semua pemain bintang tidak beraksi.

Pemain Spurs, Boban Marhanovic ketika bersaing dengan pemain Minnesota, Anthony pada perlawanan separuh masa keempat di Target Centre. Spurs berjaya menewaskan Minnesota dengan jaringan 116-91. – Reuters
Pemain Spurs, Boban Marhanovic ketika bersaing dengan pemain Minnesota, Anthony pada perlawanan separuh masa keempat di Target Centre. Spurs berjaya menewaskan Minnesota dengan jaringan 116-91. – Reuters

“Pemain semua beraksi dengan baik,’ kata Messina. “Ia berterusan. Anda cuba untuk duduk dan mengendali dan cuba untuk tidak menjejaskannya. Melakukannya dengan tepat.”

Spurs, tiga perlawanan di belakang juara NBA, Golden State bagi rekod terbaik dalam liga, kembali bangkit setelah tewas 99-91 pada Isnin lalu kepada Indiana. Mereka tidak melepaskan dua perlawanan berturut–turut sepanjang musim.

David West menjaringkan 18 mata bagi San Antonio dan Kawhi Leonard menambah 15 . Bekas pemain pengawal Timberwolf, Andre Miller, yang menandatangani bersama Spurs pada minggu lalu, mencatatkan 13 mata dan lima asis dalam menggantikan Parker.

Andrew Wiggins mencatatkan 23 mata dan lapan rebounds bagi Timberwolves (20-45) yang tewas kali kedua dalam beberapa perlawanan. Karl-Anthony Towns menambah 19 mata dan sembilan rebounds.