Spurs ikat benteng Belgium

Spurs ikat benteng Belgium

LONDON, 8 Julai (Reuters) – Tottenham Hotspur mengikat pertahanan Atletico Madrid, Toby Alderweireld dengan kontrak selama lima tahun, umum kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu, di sini, sebentar tadi.

Pemain berusia 26 tahun itu bersama Southampton secara pinjaman musim lalu dan beraksi sebanyak 26 kali.

Sebelum ini dia turut dikaitkan dengan laporan media untuk berpindah ke kelab St Mary itu secara tetap.

Pemain antarabangsa Belgium ini bagaimanapun memilih menyertai tiga rakan senegaranya – Jan Vertonghen, Moussa Dembele dan Nacer Chadli yang lebih dulu menyertai Spurs.

Nilai perpindahan Alderweireld menurut media British, dianggarkan berjumlah 11.5 juta pound sterling.

“Saya sangat bangga menjadi pemain Tottenham. Saya gembira berada di sini, dan berharap dapat menikmati masa indah bersama pasukan,” kata pemain itu yang diumumkan menerusi Twitter kelab berkenaan.