Spurs kecundang di tangan Thunder

Spurs kecundang di tangan Thunder

LOS ANGELES, 13 Mei (AFP) – Kevin Durant menjaringkan 37 mata ketika Oklahoma City Thunder melengkapkan kemenangan 4-2 ke atas San Antonio Spurs untuk mara ke Western Conference menentang Golden State Warriors semalam.

Dia meninggalkan perlawanan dengan menerima sorakan selepas sumbangan luar biasa yang juga melibatkan sembilan rebound dan dua asis.

“Kami belum lagi selesai,’ kata Durant. “Kami perlu memperbaikinya. Terus beraksi dengan lebih baik dan bersedia bagi siri seterusnya.”

Pasukan hos, Thunder menempah tiket mereka ke persaingan akhir kali keempat dalam Western Conference dalam tempoh enam tahun dengan kemenangan 113-99 di depan penonton 18,200 di Chesapeake Energy Arena.

Persaingan itu adalah peluang bagi Oklahoma City untuk membalas dendam terhadap rekod musim biasa mereka ke atas Warriors, di mana mereka tewas tiga perlawanan mereka.

San Anotnio, juara akhir NBA pada 2014, selalu bergelut dengan pasukan Thunder yang diketuai oleh Durant dan Russell Westbrook, yang menamatkan dengan 28 mata.

“Kami keluar dengan kekuatan yang besar,’ kata Westbrook, yang memiliki dua persembahan kuat menentang Spurs. “Kami tahu bagaimana pentingnya perlawanan ini.”

“Mereka adalah pasukan hebat sejak beberapa tahun,’ tambahnya. “Malam ini adalah perlawanan sukar tetapi kami keluar dengan kemenangan.”

Oklahoma City menunjukkan bahawa apabila Durant atau Westbrook berada dalam permainan yang menarik, mereka sukar dikalahkan dan apabila kedua meneruskan persaingan pada masa yang sama, ia adalah sukar menghentikan mereka.

“Kami tahu apa yang kami lakukan sebagai sebuah pasukan,’ kata Westbrook. “Kami merasa yakin terhadap diri kami.”