Spurs kekal rekod tanpa kalah

Spurs kekal rekod tanpa kalah

LOS ANGELES, 3 April (AFP) – Catatan mata yang diperoleh menerusi Kawhi Leonard menyaksikan San Antonio Spurs mengekalkan rekod tanpa kalah mereka di laman sendiri semalam dengan kemenangan 102-95 ke atas Toronto Raptors.

Leonard mencatatkan 33 mata terbaik sepanjang kerjayanya termasuk lapan pada minit akhir ketika Spurs melanjutkan rekod kemenangan mereka berturut–turut di AT&T Center kepada 39 perlawanan pada tahun ini, 48 tanpa kalah pada keseluruhannya sejak musim lalu.

Rekod tanpa kalah San Antonio di lama sendiri itu adalah kedua terpanjang dalam sejarah NBA di belakang rekod yang dicatatkan Golden State Warriors dengan 54, yang menyaksikan ditamatkan dengan kekalahan menentang Boston pada Jumaat lalu.

Pasukan Spurs mencatatkan dua musim biasa bagi baki perlawanan termasuk menentang pendahulu Werstern Conference, San Antonio yang bermakna mereka perlu menunggu sehingga tahun depan bagi peluang untuk mencatatkan rekod baru.

Sumbangan Leonard itu hadir pada akhir perlawanan bersama San Antonio yang dilihat rapuh ketika mereka mendahului 88-84.

Bagaimana pun kehadiran Leonard itu berjaya menenangkan Spurs, dan menghasilkan dua lompatan sebelum mencatatkan empat lontaran berturut–turut bagi memastikan kemenangan.

Kemenangan San Antonio itu membolehkan mereka untuk memperbaiki kedudukan kepada 64-13 bagi musim ini, rekod francais bagi kemenangan yang mengatasi catatan terbaik pasukan 2005-2006 bagi 63-19.

Menariknya ketika mereka menghampiri penamat musim, Spurs menewaskan setiap pasukan dalam NBA pada tahun ini.

ARTIKEL YANG SAMA