Spurs kekalkan kemenangan

Spurs kekalkan kemenangan

LOS ANGELES, 3 Mac (AFP) – Kawhi Leonard mencatatkan 27 mata ketika San Antonio Spurs memenangi perlawanan ‘playoff’ kali ke-19 mereka berturut–turut dan masih belum kalah di laman sendiri dengan kemenangan 97-81 ke atas Detroit Piston semalam.

Pasukan Spurs mengatasi kehambaran separuh masa pertama sebelum menguasai pada separuh masa kedua ketika mereka memperbaiki kedudukan 29-0 di tempat sendiri untuk membawa rekod mereka bagi permulaan terbaik oleh pasukan dari NBA Western Conference.

Ia adalah perlawanan pertama Spurs di arena AT&T sejak 6 Februari lau kerana Rodeo Road Trip tahunan mereka, di mana mereka mempamerkan permainan yang luar biasa.

LaMarcus Aldridgr menamatkan dengan 23 mata dan menghasilkan 10 rebounds bagi Dpurs ketika empat pemain utama mereka menamatkan dengan jumlah berganda.

Kawhi ketika beraksi dalam perlawanan menentang Detroit Pistons pada separuh masa kedua di AT&T Center. – Reuters
Kawhi ketika beraksi dalam perlawanan menentang Detroit Pistons pada separuh masa kedua di AT&T Center. – Reuters

Tim Duncan mencatatkan 12 mata dan lapan rebounds dan Tony Parkers menjaringkan 10 mata bagi San Antonio, yang mana 19 kemunculan mereka dalam ‘playoff’ berturut–turut mengekang Boston Celtic (1951-69) bagi keempat terpanjang dalam sejarah NBA.

Ia adalah beberapa permainan yang diperlukan untuk mendapatkan tiket ‘playoff’ mereka dalam sejarah francais.

Spurs melabuhkan tirai pertahanan pada suku ketiga ketika Detroit hanya mencatatkan 22 peratus dari lantai dan mengekori sebanyak 17 mata.

Aldridge mencatatkan 13 mata pada suku tersebut.Kejayaan itu membolehkan Spurs untuk melanjutkan kejayaan di tempat mereka kepada 38 perlawanan, yang merujuk kembali kepada kekalahan masa tambahan kepada Cleveland pada Mac lalu.

ARTIKEL YANG SAMA