Spurs kekalkan ‘menang tanpa tewas’

Spurs kekalkan ‘menang tanpa tewas’

LOS ANGELES, 11 Mac (AFP) – Kawhi Leonard mencatatkan 29 mata ketika San Antonio Spurs mengekalkan rekod 100 peratus mereka di laman sendiri musim ini dengan kemenangan 109-101 ke atas Chicago Bulls semalam.

Spurs diberikan beberapa saingan apabila Chicago mengurangkan pendahuluan San Antonio dari 10 mata kepada 90-87 dengan perlawanan berbaki 8:36 tetapi pasukan tuan rumah kembali bangkit untuk mencatatkan kemenangan ke-31 mereka di laman sendiri musim ini.

Sentuhan dunk menerusi Danny Green dan lompatan dari Tony Parker membolehkan San Antonio untuk melebarkan jurang 104-92, menyaksikan San Antonio mencatatkan kemenangan di AT&T Center.

San Antonio sekarang mencatatkan kemenangan ke-40 berturut–turut dalam musim biasa termasuk sebahagian musim lalu, keempat terbaik dalam rekod tanpa kalah bagi sejarah NBA.

Pasukan Golden State Warriors pula memegang rekod bagi kejayaan berturut–turut, yang pada masa ini berada di kedudukan ke-46.

Aksi Kawhi (kiri) ketika merebut bola daripada pemain Bulls pada separuh masa kedua di AT&T Centre. Kawhi mencatatkan 29 mata ketika San Antonio Spurs mengekalkan rekod 100 peratus dengan kemenangan 109-101 ke atas Chicago Bulls semalam. – Reuters
Aksi Kawhi (kiri) ketika merebut bola daripada pemain Bulls pada separuh masa kedua di AT&T Centre. Kawhi mencatatkan 29 mata ketika San Antonio Spurs mengekalkan rekod 100 peratus dengan kemenangan 109-101 ke atas Chicago Bulls semalam. – Reuters

Bintang dari Perancis, Parker sementara itu mencatatkan 20 mata dan 12 asis terbaik musim ini dari San Antonio, yang memperbaiki kedudukan kepada 55-10.

Parker berkata Spurs mendapatkan manfaat dari rehat dua hari berikutan kunjungan mereka, yang menambah persembahan itu diramalkan bagus dalam ‘playoff’.

“Saya merasa bagus, saya merasa seperti saya memiliki kaki saya malam ini,’ kata Parker.

“Pada separuh masa pertama, saya melihat bagi menghantar lebih jauh, tetapi pada separuh masa kedua saya mahu lebih agresif jadi saya melakukan tiga atau empat lompatan untuk memulakan suku ketiga.”

ARTIKEL YANG SAMA