Spurs masih mampu juarai liga

Spurs masih mampu juarai liga

LONDON, 18 April (AFP) – Penyerang Stoke City, Peter Crouch mungkin meletak harapan agar Tottenham menjuarai Liga Perdana Inggeris namun dirinya tidak mahu begitu memberi harapan terhadap kelab lamanya itu apabila pasukannya akan bertembung dengan Totenham Hotspurs di Stadium Britannia, awal pagi esok.

Kemenangan buat penghuni tangga kedua, Spurs bakal menyaksikan mereka menghampiri lima mata dengan pendahulu, Leicester City tatkala baki musim hanya tinggal empat perlawanan.

Bekas penyerang England, Crouch sedar yang Leicester mungkin masih mempunyai rasa rindu terhadap Spurs, kelab yang tidak meraih gelaran di saingan Inggeris sejak 1961 dan dihuninya selama dua musim sebelum menyertai The Potters.

Bagaimanapun, Crouch, 35, menegaskan apa yang utama kepadanya kini adalah membantu Stoke bangkit selepas berdepan kekalahan 1-4 di tangan Liverpool, satu lagi bekas kelab lamanya.

“Saya mungkin mahu melihat Tottenham menjuarai Liga Perdana Inggeris,” kata Crouch.

“Apapun, atas banyak sebab, amat menakjubkan juga untuk melihat Leicester mampu menjuarainya namun bagi saya selepas beberapa lama di White Hart Lane, saya mahu melihat Spurs berjaya melakukannya.

“Apapun, kami perlu cuba dan meraih tiga mata bagi membolehkan kami bangkit semula di landasan tepat selepas tewas di Liverpool.”

Tottenham terus mengekalkan rentak pemburuan gelaran selepas mencatat kemenangan 3-0 ke atas Manchester United minggu lalu.

Namun pengurusnya, Mauricio Pochettino ketika bercakap sebelum Leicester terikat 2-2 dengan West Ham, berkata: “Kami menang 3-0 berdepan United dan percaya yang kami akan bersiap sedia sebelum bertemu Stoke.”