Spurs menang, Liverpool terikat

Spurs menang, Liverpool terikat

PARIS, 18 Sept (AFP) – Tottenham Hotspur memulakan kempen peringkat kumpulan Liga Europa semalam dengan kebangkitan semula untuk menumpaskan Qarabag 3-1, manakala Liverpool bolos untuk gol penyamaan lewat ketika seri 1-1 di Bordeaux.

Jaguh Azerbaijani, Qarabag mencipta kejutan dengan pendahuluan pada minit ketujuh di White Hart Lane apabila Richard Almeida menyudahkan tendangan penalti selepas dikasari pemain Spurs Kieran Trippier.

Namun dua gol dalam jarak dua minit dari penyerang Korea Selatan Son Heung-min dan jaringan akhir Erik Lamela membuatkan Tottenham tidak berasa malu ketika pasukan Mauricio Pochettino ini memulakan kempen dengan kemenangan dalam Kumpulan J, ketika Anderlecht yang menentang Monaco seri 1-1 dalam perlawanan lain.

Sebelum itu, gol Adam Lallana pada separuh masa kedua di Perancis nampaknya akan memberikan tiga mata buat Liverpool dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B.

Namun pasukan pelawat menyamakan kedudukan sembilan minit sebelum tamat apabila pemain gantian Jussie menjaringkan gol menewaskan Simon Mignolet untuk meraih mata buat Bordeaux.

Erik Lamela (tengah) menjaringkan gol ketiga Spurs semasa menentang Qarabag dalam aksi Liga Europa di White Hart Lane semalam. - AFP
Erik Lamela (tengah) menjaringkan gol ketiga Spurs semasa menentang Qarabag dalam aksi Liga Europa di White Hart Lane semalam. – AFP

“Kita sentiasa boleh merasa kecewa kerana tidak menang selepas mendahului perlawanan, tetapi dalam bola sepak Eropah, meraih mata di tempat sendiri bukanlah keputusan teruk,” kata pengurus Liverpool Brendan Rodgers selepas itu.

“Jika kami menang dalam perlawanan sendiri, kami boleh keluar dari kumpulan, kami pernah melakukan itu sebelumnya,” tambahnya, merujuk kempen Liga Europa Liverpool pada 2012-2013.

Pendahuluan dua kali Celtic menentang Ajax sebelum seri 2-2 di Amsterdam selepas terpaksa bermain 15 minit terakhir tanpa seorang pemain ekoran penyingkiran Emilio Izaguirre.

Pemain tengah Israel Nir Biton membuatkan penonton tuan rumah terdiam dengan gol permukaan di minit kelapan sebelum Viktor Fischer membaiki tahap Ajax pada minit ke-25.

Celtic kemudian meraih kuasa tiga minit sebelum masa rehat apabila Mikael Lustig mencipta gol dengan tandukan berhampiran tiang gol dari sudut.

ARTIKEL YANG SAMA