Spurs yakin hadapi CSKA

Spurs yakin hadapi CSKA

pg21_160928_aMOSCOW, 27 Sept – Pengurus Tottenham Hotspur Mauricio Pochettino berkata dia berharap skuad bimbingannya mampu mengatasi masalah kecederaan untuk mencatat kemenangan pertama dalam kempen Liga Juara-Juara ketika bertemu CSKA Moscow, semalam.

Jurulatih kelahiran Argentina itu sudah pun kehilangan khidmat penyerang England Harry Kane selain beberapa pemain utama termasuk Mousa Dembele, Eric Dier, Danny Rose dan Moussa Sissoko bagi pertembungan di Russia.

“Liga Juara-Juara adalah kejohanan baru bagi kami dan adalah penting untuk mempunyai skuad yang kuat untuk menghadapinya,” kata Pochettino pada sidang media semalam.

“Kami sudah mendapatkan beberapa pemain yang baik untuk meningkatkan saingan pasukan dalam kejohanan ini dan di sebalik masalah kecederaan, kami masih lagi pasukan yang kompetitif.”

Kemenangan di Moscow penting bagi Tottenham yang ketika ini menghuni tangga kedua Liga Perdana (PL) Inggeris selepas tewas kepada Monaco pada aks pembukaan Liga Juara-Juara, dua minggu lalu.

“Kini kami perlu meningkatkan prestasi kami, kami perlu menang esok. Adalah sangat penting untuk mendapatkan tiga mata. Kami tahu ia akan menjadi perlawanan yang sukar namun di minda kami, kami mahu pergi ke sana dan mendapat tiga mata.”

Jurulatih CSKA, Leonid Slutsky dalam pada itu terus menegaskan keganasan yang berlaku ketika Euro 2016 di Paris tidak akan berulang. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA