SR Anggerek Desa juarai kejohanan futsal

SR Anggerek Desa juarai kejohanan futsal

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Mei – Kejuaraan Kejohanan Futsal Sekolah-sekolah Rendah Kawasan Brunei 2A 2016 menjadi milik Sekolah Rendah (SR) Anggerek Desa selepas berjaya menewaskan SR Lambak Kanan Jalan 10 dengan jaringan 2-1 pada perlawanan akhir hari ini.

Memenangi tempat ketiga bagi kejohanan yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah (KSNHB) itu ialah SR Dato Basir yang berhasil menundukkan lawannya di perlawanan penentuan tempat ketiga, SR Amar Pahlawan dengan jaringan 3-2.

Hadir menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Ketua Unit Kegiatan Luar Sekolah, Jabatan Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan, Pengiran Othman bin Pengiran Haji Karim.

Kejohanan merupakan aktiviti tahunan anjuran Jabatan Pendidikan Kokurikulum (JPKK), Kementerian Pendidikan dan bagi Kawasan Brunei 2A tahun ini ia telah dikendalikan oleh SR Berakas Garisson.

Juara Futsal Sekolah Rendah Kawasan Brunei 2A, SR Anggerek Desa.
Juara Futsal Sekolah Rendah Kawasan Brunei 2A, SR Anggerek Desa.

ARTIKEL YANG SAMA