SR Batu Marang ingati Israk Mikraj

SR Batu Marang ingati Israk Mikraj

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Mei – Sekolah Rendah (SR) Batu Marang, baru-baru ini, turut menyemarakkan lagi Sambutan Israk Mikraj tahun ini dengan majlis sambutan yang telah berlangsung di Masjid Batu Marang.

Hadir pada majlis itu ialah Pengetua sekolah, Dayang Harifah Kalijah binti Mohammad, guru-guru dan kakitangan sekolah berkenaan. Majlis itu juga dihadiri oleh 140 orang pelajar dari pra sehingga Tahun 6.

Majlis itu dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan bacaan Surah Yasin beramai-ramai dan kemudian diserikan lagi dengan ceramah khas yang menyentuh mengenai tema Sambutan Israk Mikraj tahun ini iaitu ‘Sembahyang Kunci Syurga’ yang telah disampaikan oleh salah seorang guru, Awang Sufri bin Haji Mohd Ali.

Ceramah itu menyentuh mengenai peristiwa Israk Mikraj dan juga kepentingan menunaikan solat.

Majlis itu bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim para pelajar bersama para guru-guru mereka di samping memperingati hari-hari kebesaran Islam di negara ini.

Para pelajar yang hadir pada majlis itu.
Para pelajar yang hadir pada majlis itu.

ARTIKEL YANG SAMA