SR Beribi Telanai Kluster 1 turut beramal

SR Beribi Telanai Kluster 1 turut beramal

pg03_150713_d

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Julai – Sempena bulan Ramadan yang penuh berkat dan rahmat ini, Sekolah Rendah Beribi Telanai Kluster 1 baru-baru ini mengadakan Majlis Khatam Al-Quran guru-guru dan kakitangan sekolah yang diselajurkan dengan penyampaian derma anak-anak yatim kepada murid-murid anak yatim di sekolah berkenaan.

Pada majlis itu tetamu kehormat, Haji Affendy bin Haji Kassim telah berkesudian menyampaikan sijil khatam Al-Quran dan cenderahati kepada para peserta khatam yang terdiri daripada guru-guru dan kakitangan Sekolah Rendah Beribi Telanai Kluster 1.

Sementara itu penyampaian derma anak-anak yatim sekolah telah disempurnakan oleh Guru Besar Sekolah Rendah Beribi Telanai, Dayang Noor Faridah binti Haji kasim.

Seterusnya ialah penyampaian derma anak yatim sekolah sumbangan Tabung Kewangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Rendah Beribi Telanai yang disampaikan oleh Pengerusi PIBG, Awang Muhd Hadi Muslim bin Abdullah.

Beberapa orang pegawai dari Kluster 1, Jabatan Sekolah-sekolah serta keluarga anak yatim sekolah juga turut diundang di majlis tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA