SR Bukit Udal juara bola jaring

SR Bukit Udal juara bola jaring

Oleh Mohammad Abdullah

 

TUTONG 29 Mei – Sekolah Rendah Bukit Udal telah muncul juara Kejohanan Bola Jaring Sekolah-sekolah Rendah Kawasan Tutong II. Naib Johan jatuh kepada Sekolah Rendah Penapar, manakala tempt ketiga dan kempat jatuh kepada Sekolah Rendah DPS Ukong dan Sekolah Rendah Kg Bukit.

Pemain-pemain Sekolah Rendah Bukit Udal juga dianugerahkan pemain Terbaik dan pejaring terbanyak iaitu Siti Nur Saidina Atikah binti Md Jefri (GD) dan Michelle Telun Teo (GS).

Kejohanan yang berlangsung di Dewan Kompleks Sukan, Tutong itu dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan melalui Cawangan Daerah Tutong dan dikendalikan oleh Sekolah Rendah Rambai.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Ketua Kampung Rambai, Md Murad bin Haji Md Jamin.

Pasukan SR Bukit Udal yang muncul juara bersama piala yang mereka menangi.
Pasukan SR Bukit Udal yang muncul juara bersama piala yang mereka menangi.
Siti Nur Saidina Atikah dan Michelle Telun Teo penjaring terbanyak dan pemain terbaik dari SR Bukit Udal.
Siti Nur Saidina Atikah dan Michelle Telun Teo penjaring terbanyak dan pemain terbaik dari SR Bukit Udal.

Sebanyak lapan buah sekolah rendah kerajaan kawasan Tutong II menyertai kejohanan tersebut yang bertujuan bagi menjalinkan hubungan silaturahim di kalangan murid di samping mengembangkan daya saing yang sihat dan keluruhan budi serta membina jasmani dan rohani yang sihat dan mantap.

Kejohanan tersebut terbuka kepada Sekolah-sekolah Rendah Kerajaan dan Pendidikan Swasta mengikut kawasan masing-masing.

Penyertaan hanya terbuka kepada pelajar-pelajar perempuan sahaja yang berumur tahun 12 tahun ke bawah sahaja.

ARTIKEL YANG SAMA