SR Danau adakan kegiatan membaca Al-Quran

SR Danau adakan kegiatan membaca Al-Quran

Oleh HAL

 

TUTONG, 4 Mei – Sekolah Rendah Danau Tutong dengan kehadiran guru-guru, kakitangan, pelajar, PIBG sekolah, MPK Kampung, Persatuan Muslimah dan penduduk Kampung Danau mengadakan kegiatan membaca Al-Quran baru-baru ini di Masjid Kampung Danau.

Majlis dihadiri oleh tetamu kehormat Ketua Kluster 5, Jabatan Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan, Aliuddin bin Haji Abdul Rahman. Turut hadir ialah pegawai-pegawai dari Jabatan Sekolah-sekolah, PIBG Sekolah dan penduduk kampung.

Ia bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara warga sekolah dan penduduk kampung.

Majlis diserikan dengan bacaan juzuk 1 beramai-ramai dipimpin oleh Imam Masjid Kampung Danau, Pengiran Hassan bin Pengiran Ismail. Bacaan doa selamat disampaikan oleh salah seorang murid, Awang Muhammad Aqil Walluddin bin Harmendrawardi.

Antara murid-murid Tahun 5 dan 6 SR Danau yang menyertai bacaan Al-Quran.
Antara murid-murid Tahun 5 dan 6 SR Danau yang menyertai bacaan Al-Quran.

ARTIKEL YANG SAMA