SR Datu Ahmad juara

SR Datu Ahmad juara

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Sept – Kejohanan Sepak Takraw Sekolah-Sekolah Rendah Kawasan Brunei 1 Negara Brunei Darussalam 2015 berakhir hari ini dengan perlawanan akhir menyaksikan Sekolah Rendah (SR) Datu Ahmad menggondol pingat emas selepas menang dua set berbalas satu ke atas SR Pehin Dato Jamil.

Pada perlawanan akhir di Dewan Sekolah Sukan, Kampung Pulaie berkenaan, SR Datu Ahmad memenangi set pertama dengan kiraan 15-8.

Bagaimanapun SR Pehin Dato Jamil berjaya bangkit pada set kedua dengan memenanginya 15-12 sekali gus memaksa perlawanan ditentukan dengan set ketiga yang dimenangi SR Datu Ahmad, 15-10. Memenangi pingat gangsa bagi kejohanan tahunan anjuran Jabatan Pendidikan Kokurikulum (JPKK), Kementerian Pendidikan itu ialah SR Pengiran Anak Puteri (PAP) Besar.

Haji Puteh (enam kiri) bersama tiga pasukan terbaik, SR Datu Ahmad (jingga), SR Pehin Dato Jamil (hitam) dan SR PAP Besar (hijau).
Haji Puteh (enam kiri) bersama tiga pasukan terbaik, SR Datu Ahmad (jingga), SR Pehin Dato Jamil (hitam) dan SR PAP Besar (hijau).

Sementara Anugerah Pemain Terbaik telah diraih pemain SR Datu Ahmad, Mohd Hazmi Isamudin bin Muhd Eddey Suhardey.

Hadir menyaksikan perlawanan akhir berkenaan dan kemudiannya menyempurnakan majlis penyampaian piala dan pingat kepada para pemenang ialah Ketua Kegiatan Luar, JPKK, Haji Puteh bin Haji Timbang sambil diiringi Penolong Ketua Unit Jasmani, Bahagian Sukan & Olahraga, JPKK, Mohamad bin Haji Mohd Saat.

ARTIKEL YANG SAMA