SR di Daerah Belait adakan bola jaring

SR di Daerah Belait adakan bola jaring

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 5 Jun – Sekolah Rendah (SR) Pengiran Setia Negara Pengiran Haji Mohd Yussof muncul johan di Kejohanan Bola Jaring Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Belait 2015 yang telah diadakan hari ini, bertempat di Kelab Rekreasi Liang Lumut, Kuala Belait.

Di kejohanan itu, sekolah tersebut berjaya mengutip 15 mata.

Manakala naib johan pertandingan itu pula disandang oleh SR Muhammad Alam dengan mengutip 12 mata dan di tempat ketiga adalah SR Lumut dengan kutipan 9 mata.

Hadir bagi menyaksikan perlawanan-perlawanan tersebut selaku tetamu kehormat dan seterusnya juga menyampaikan pingat dan piala kepada para pemenang ialah Isteri Ketua Kampung Lumut II, Hajah Ismah binti Haji Omar.

Gambar ramai bersama pemenang kejohanan. – Gambar Anwar Rosly
Gambar ramai bersama pemenang kejohanan. – Gambar Anwar Rosly

Kejohanan ini merupakan aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh Unit Jasmani, Jabatan Pendidikan Kokurikulum dan dikendalikan oleh SR Lumut selaku tuan rumah pada tahun ini.

Sejumlah enam pasukan menyertai kejohanan pada tahun ini iaitu SR Lumut, SR Pengiran Setia Negara Pengiran Haji Mohd Yussof, SR Panaga, SR Pengiran Setia Jaya Pengiran Abdul Momin, SR Muhammad Alam dan SR Kuala Belait.