SR DPS Ukong juara takraw Tutong II

SR DPS Ukong juara takraw Tutong II

Sekolah Rendah DPS Ukong, Tutong II telah menjuarai Kejohanan Sepak Takraw bagi Sekolah-Sekolah Kerajaan dan Swasta kawasan Tutong II.
Sekolah Rendah DPS Ukong, Tutong II telah menjuarai Kejohanan Sepak Takraw bagi Sekolah-Sekolah Kerajaan dan Swasta kawasan Tutong II.

Oleh Normazlina M.D

TUTONG, 1 Jun –Sebagai salah satu kegiatan projek tahunan Jabatan Pendidikan Kokurikulum Cawangan Daerah Tutong, jabatan tersebut pagi tadi telah mengadakan Kejohanan Sepak Takraw Sekolah-Sekolah Kerajaan dan Swasta Kawasan Tutong II peringkat akhir di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Tutong, di sini.

Sekolah Rendah (SR) DPS Ukong, Tutong II telah menjuarai Kejohanan Sepak Takraw bagi Sekolah-Sekolah Kerajaan dan Swasta kawasan Tutong II. Sementara naib juara disandang oleh Pasukan SR Perpindahan Kampung Bukit Beruang dan SR Danau mendapat tempat ketiga.

Hadir selaku tetamu kehormat di kejohanan tersebut ialah Ketua Kampung Bukit Beruang, Awang Ahmad bin Aman.

Sebelum perlawanan akhir dimulakan, tetamu kehormat diperkenalkan kepada guru-guru pengawas pasukan, pengadil-pengadil kejohanan dan pemain-pemain.

Sebanyak sembilan buah sekolah rendah kawasan Tutong II telah menyertai kejohanan tersebut dan hanya empat buah sekolah yang berjaya memasuki peringkat separuh akhir yang terdiri dari SR DPS Ukong, SR Danau, SR Perpindahan Kampung Bukit Beruang dan SR Bukit Udal.

Turut hadir di Kejohanan tersebut pagi tadi ialah guru-guru besar sekolah yang terlibat, pegawai-pegawai kokurikulum Daerah Tutong dan guru-guru pengawas pasukan sepak takraw sekolah-sekolah yang mengikuti kejohanan tersebut.

 

ARTIKEL YANG SAMA