SR Lambak Kanan juara

SR Lambak Kanan juara

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Ogos – Sekolah Rendah (SR) Perpindahan Lambak Kanan (PLK) Jalan 10 meraih 1 pingat emas, 1 perak dan 1 gangsa untuk menjadi pasukan terbaik Kejohanan Badminton bagi Sekolah-Sekolah Rendah Kerajaan & Pendidikan Swasta Kawasan Brunei IIA, 2016.

Emas diraihnya menerusi pasangan beregu perempuannya, Nurul Amal Watiqah binti Seruji dan Siti Nur Hana binti Mohd Ali yang menewaskan pasangan SR Dato Marsal, Nurrasheqah Insyeerah binti Rosli dan Siti Nurafiqah Nazurah binti Azmi di perlawanan akhir 21-16 dan 21-19.

Gangsa Beregu Perempuan dimenangi SR Pulaie yang diwakili Amal Rasyidah binti Kamaluddin dan Syaadatul Hamizah binti Mohd Hamdani.

Perak SR PLK Jalan 10 pula diperolehinya menerusi acara Beregu Lelaki selepas beregu dari SR Dato Osman, Abdul Fattah Azizi bin Abu Bakar dan Mohd Syafiq bin Sulaiman menewaskan pasangan Mohd Adrian Zikry bin Mohd Norkhairi dan Mohd Wardey bin Mohd Hardi 21-8 dan 21-7 untuk merangkul emas di perlawanan akhir.

Para pemenang daripada keempat-empat kategori bersama Haji Zakaria (tengah).
Para pemenang daripada keempat-empat kategori bersama Haji Zakaria (tengah).

Gangsa Beregu Lelaki dimenangi Mohd Hazim bin Azchan dan Awangku Mohd Asfer Nazif Iman bin Pengiran Asmali dari SR Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB).

Sementara gangsa dimenanginya menerusi perseorangan lelakinya, Mohd Hazim Aiman bin Mohd Marzuqi. Emas diraih wakil SR YSHHB, Abdul Syaamil Afiq bin Awang Abdul Jaafar, yang mengalahkan Mohd Nazriudin bin Mohd Jailani di perlawanan akhir 21-10, 15-21 dan 21-7.

Satu lagi pingat emas iaitu dalam acara Perseorangan Perempuan telah dimenangi SR Lambak Kanan Jalan 49 menerusi Dianah Syamina binti Abidin yang menewaskan wakil SR Dato Osman, Noor Nabilah Syakirah bintin Haji Mohammad di final, sementara gangsa dimenangi wakil SR YSHHB, Irdyna Dania binti Mohd Randy Effindy.

Hadir menyempurnakan hadiah ialah Penolong Pengarah Unit Sumber Sekolah, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan, Haji Zakaria bin Haji Duraman.

ARTIKEL YANG SAMA