SR Masin anjur Tahlil, Doa Arwah, khatam Al-Quran

SR Masin anjur Tahlil, Doa Arwah, khatam Al-Quran

Oleh Pg Hjh Nazhatul Shima Pg Hj Tajuddin

 

SEKOLAH Rendah Masin baru-baru ini telah mengadakan Majlis Tahlil, Doa Arwah serta Khatam Al-Quran bagi murid-murid Tahun 6, keluarga warga sekolah serta ibu bapa murid yang telah kembali ke rahmatullah.

Majlis berlangsung di bilik darjah Tahun 6, yang dihadiri oleh murid-murid, guru-guru serta kakitangan Sekolah Rendah Masin.

Mantan guru besar Sekolah Rendah Masin, Hajah Bidah binti Lamat turut hadir seterusnya menyampaikan kata-kata nasihat pada murid-murid agar menjadikan Al-Quran sebagai buku bacaan harian bukan sahaja pada bulan Ramadan tetapi juga pada setiap hari, serta mempertingkatkan diri dalam pelajaran hingga berjaya bukan sahaja di dunia malah juga di akhirat.

Penyampaian sumbangan bagi keluarga yang kurang berkemampuan serta derma anak-anak yatim juga diselajurkan yang disampaikan oleh mantan Guru Besar Sekolah Rendah Masin. Majlis pada hari ini adalah yang pertama diadakan oleh Sekolah Rendah Masin dan akan diteruskan pada masa-masa akan datang. Doa selamat dibacakan oleh Awang Sakani bin Jumat.

Pelajar-pelajar yang mengikuti khatam.
Pelajar-pelajar yang mengikuti khatam.
Guru Besar SR Masin menyampaikan sumbangan derma kepada anak-anak yatim.
Guru Besar SR Masin menyampaikan sumbangan derma kepada anak-anak yatim.

ARTIKEL YANG SAMA