SR OKBI hargai pelajar cemerlang

SR OKBI hargai pelajar cemerlang

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Dis – Bagi memberi penghargaan kepada pelajar atas pencapaian cemerlang akademik dan kokurikulum sepanjang tahun 2015, Sekolah Rendah Orang Kaya Besar Imas (SROKBI), Subok, Kluster 4, baru-baru ini, mengadakan Majlis Konvokesyen bagi murid-murid Pra Sekolah dan Tahun 6 serta penyampaian hadiah dan sijil penghargaan kepada pelajar-pelajar cemerlang di sekolah berkenaan.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis yang berlangsung di Dewan Bandaran Belimbing, Kampung Belimbing dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada murid-murid cemerlang ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara yang juga selaku Ketua Kampung Belimbing, Yang Berhormat Haji Gapor@Haji Mohammad Daud bin Haji Karim.

Turut hadir ialah Ketua Kampung Subok, Haji Mohd Jais bin Mohd Salleh, guru besar serta guru kanan Sekolah Ugama Orang Kaya Besar Imas, Subok, wakil-wakil dari Jabatan Bandaran, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, Kementerian Pembangunan serta guru-guru dan ahli keluarga murid-murid sekolah berkenaan.

Majlis dimulakan dengan perbarisan lalu murid-murid konvokesyen, diikuti dengan lagu kebangsaan dan lagu sekolah berkenaan.

Tetamu Kehormat bergambar-ramai bersama para pelajar yang diraikan.
Tetamu Kehormat bergambar-ramai bersama para pelajar yang diraikan.

Kemudian acara diteruskan dengan bacaan doa kesyukuran yang diketuai oleh Haji Saifullizan bin Haji Abdullah, diikuti dengan bacaan surah-surah lazim oleh pelajar Tahun 4, Dayang Aina Aqilah binti Gigih Gianto.

Majlis diserikan dengan beberapa persembahan nyanyian dan lakonan oleh para pelajar Pra Sekolah hingga pelajar tahun 6.

ARTIKEL YANG SAMA