SR OKBI jaguh bola Jarring

SR OKBI jaguh bola Jarring

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Jun – Sekolah Rendah (SR) Orang Kaya Besar Imas (OKBI) Subok berada satu tahap lebih tinggi berbanding lawannya yang lain dalam Kawasan Brunei IIB apabila menyapu bersih kejuaraan bola jaring dan dua anugerah individu yang disediakan penganjur, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan.

Dalam perlawanan akhir Kejohanan Bola Jaring Sekolah-Sekolah Rendah Kerajaan dan Pendidikan Swasta Kawasan Brunei IIB 2015 kelmarin, SR OKBI Subok membelasah SR Haji Md Salleh Sungai Hanching dengan jaringan 20-1.

Pemain Goal Attack SR OKBI Subok Ayu Delaila Anak Mahdi yang menghasilkan 30 jaringan sepanjang kejohanan telah menerima Anugerah Penjaring Terbanyak, manakala rakannya yang bermain sebagai Goal Defence iaitu Claudia Michelle Anak Jantung telah diumumkan selaku penerima Anugerah Pemain Terbaik.

Hadir menyaksikan perlawanan akhir di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Ketua Kegiatan Luar, JPKK, Kementerian Pendidikan, Haji Puteh bin Haji Timbang.

Tempat ketiga bersama kejohanan telah dimenangi dua pasukan yang tewas di peringkat separuh akhir iaitu SR Angkatan Tentera Laut Muara dan SR Tanjung Kindana.

SR OKBI Subok bergambar bersama Haji Puteh (tengah) selepas muncul juara Bola Jaring SR Kawasan Brunei IIB.
SR OKBI Subok bergambar bersama Haji Puteh (tengah) selepas muncul juara Bola Jaring SR Kawasan Brunei IIB.