SR OKBI semarakkan Israk Mikraj

SR OKBI semarakkan Israk Mikraj

Oleh Zainudin bin Haji Ishak

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Jun – Sekolah Rendah Orang Kaya Besar Imas (OKBI) Subok, tidak ketinggalan dalam menyemarakkan Israk Mikraj tahun ini dengan mengadakan majlis sambutan di sekolah berkenaan, hari ini.

Majlis dihadiri oleh Guru Besar, Dayang Harifah Khalijah binti Mohammad, Penolong Guru Besar, Dayang Sarimah binti Haji Mina, guru-guru kanan, para guru dan pelajar sekolah berkenaan.

Terdahulu majlis dimulakan dengan bacaan surah Yasin dan Asmaul Husna, diikuti dengan ceramah khas, dan diakhiri dengan bacaan doa selamat.

Majlis tersebut bertujuan untuk memberi kesedaran mengenai pentingnya solat melalui pengajaran daripada Israk dan Mikraj Nabi Muhammad SAW.

Dayang Harifah Khalijah ketika menyampaikan hadiah kepada pemenang kuiz.
Dayang Harifah Khalijah ketika menyampaikan hadiah kepada pemenang kuiz.
Sebahagian murid perempuan yang hadir mendengar ceramah khas di majlis itu.
Sebahagian murid perempuan yang hadir mendengar ceramah khas di majlis itu.

ARTIKEL YANG SAMA