SR Panglima Barudin juara

SR Panglima Barudin juara

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Sept – Sekolah Rendah (SR) Panglima Barudin Limau Manis menang straight set, 15-8 dan 15-9 ke atas SR Nakhoda Abdul Rashid Menunggol untuk menjulang kejuaraan dalam Kejohanan Sepak Takraw Sekolah-sekolah Rendah Kawasan Brunei IV Negara Brunei Darussalam 2015.

Pada kejohanan di Dewan Serbaguna Sekolah Sukan, Kampung Pulaie itu, SR Junjongan meraih gangsa selepas menundukkan SR Pengkalan Batu dua set tanpa balas, 15-8 dan 15-6 semasa perlawanan penentuan tempat ketiga sebelum perlawanan akhir dijalankan.

Pemain jersi 6 dari SR Panglima Barudin Limau Manis, Mohd Azreen bin Mazlan pula telah diumumkan selaku penerima Anugerah Pemain Terbaik kejohanan.

Haji Puteh (berdiri empat dari kanan) bersama-sama empat pasukan terbaik kejohanan serta guru pengawas, pengadil dan Ahli Jawatankuasa kejohanan.
Haji Puteh (berdiri empat dari kanan) bersama-sama empat pasukan terbaik kejohanan serta guru pengawas, pengadil dan Ahli Jawatankuasa kejohanan.

Menyempurnakan acara kalungan pingat dan penyampaian piala serta hadiah kepada para pemenang ialah Ketua Kegiatan Luar, JPKK, Haji Puteh bin Haji Timbang sambil diiringi Penolong Ketua Unit Jasmani, Bahagian Sukan & Olahraga, JPKK, Mohamad bin Haji Mohd Saat.

Kejohanan sepak takraw berkenaan merupakan aktiviti tahunan anjuran Jabatan Pendidikan Kokurikulum (JPKK), Kementerian Pendidikan.