SR PLK Jalan 49 juara takraw

SR PLK Jalan 49 juara takraw

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Mei – Sekolah Rendah (SR) Perpindahan Lambak Kanan (PLK) Jalan 49 menang straight set 15-7 dan 15-7 untuk menyandang gelaran juara Kejohanan Sepak Takraw Sekolah-Sekolah Rendah Kawasan Brunei II Negara Brunei Darussalam, 2016.

Pada aksi penentuan tempat ketiga pula menyaksikan pertarungan sengit antara SR Dato Marsal dengan SR PLK Jalan 10. SR Dato Marsal menang set pertama 16-14 tetapi SR PLK Jalan 10 bangkit memenangi set kedua 15-12 untuk membawa perlawanan ke set penentuan, yang dimenangi SR Dato Marsal dengan kiraan 16-14 untuknya meraih gangsa.

Pemain tekong tinggi lampai SR PLK Jalan 49 merangkap kapten pasukan, Awang Mohammad Nazry Aiman bin Azaman telah diumumkan selaku penerima Anugerah Pemain Terbaik kejohanan.

Empat pasukan terbaik bergambar ramai bersama Awang Mohammad (tengah) dan ahli-ahli jawatan kuasa serta guru-guru.
Empat pasukan terbaik bergambar ramai bersama Awang Mohammad (tengah) dan ahli-ahli jawatan kuasa serta guru-guru.

Hadir ke Dewan Sekolah Sukan bagi menyaksikan kedua-dua perlawanan dan selepas itu berkesudian menyempurnakan penyampaian hadiah ialah Ketua Jabatan Pendidikan Kokurikulum Cawangan Daerah Tutong, Awang Mohamad bin Haji Mohd Saat.

Sejumlah sembilan buah sekolah rendah dalam kawasan Brunei IIA telah menyertai kejohanan tahunan anjuran JPKK Kementerian Pendidikan yang telah dijalankan secara pukul mati berkenaan.