SR Rataie juara kejohanan bola sepak

SR Rataie juara kejohanan bola sepak

pg22_160226_d

PASUKAN Sekolah Rendah Rataie, Mukim Bokok berjaya menjuarai Kejohanan Bolasepak Sekolah-sekolah Rendah Daerah Temburong tahun 2016 selepas menewaskan Sekolah Rendah Sultan Hassan, Bangar dengan jaringan 2-0 hari ini. Naib johan dimenangi oleh pasukan dari Sekolah Rendah Sultan Hassan, dan tempat ketiga oleh Pasukan Sekolah Rendah Amo. Hadir selaku tetamu kehormat pada kejohanan tersebut ialah, Pegawai Diperbantukan Unit Kenderaan dan Pengangkutan, cawangan Daerah Temburong, Haji Ali bin Haji Piut. Kejohanan dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Kokurikulum Daerah Temburong dan dikendalikan oleh Sekolah Rendah Rataie, Mukim Bokok, Temburong.

ARTIKEL YANG SAMA