SR Rimba 1 juara takraw

SR Rimba 1 juara takraw

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Sep – Sekolah Rendah (SR) Rimba I memenangi tempat pertama Kejohanan Sepak Takraw Sekolah-Sekolah Rendah Kawasan Brunei III Negara Brunei Darussalam 2015 manakala SR Orang Kaya Setia Bakti (OKSB) Kilanas muncul naib juara.

SR Bendahara Sakam Bunut pula memenangi tempat ketiga dalam kejohanan tahunan anjuran Jabatan Pendidikan Kokurikulum (JPKK), Kementerian Pendidikan berkenaan.

Diumumkan selaku penerima Anugerah Pemain Terbaik bagi kejohanan yang telah dijalankan di Dewan Serbaguna Sekolah Sukan di Kampung Pulaie berkenaan ialah Awangku Mohd Idzzaham Aleshahmezan bin Pengiran Metali.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Ketua Unit Jasmani, JPKK, Pengiran Jusri bin Pengiran Haji Hassim sambil diiringi Penolong Ketua Unit Jasmani, JPKK, Mohamad bin Haji Mohd Saat.

ARTIKEL YANG SAMA