SR Rimba 1 juarai bola sepak sekolah rendah

SR Rimba 1 juarai bola sepak sekolah rendah

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 April – Sekolah Rendah (SR) Rimba I menjuarai Kejohanan Bolasepak Sekolah-sekolah Rendah Kawasan Brunei III, 2016 setelah berjaya menewaskan SR Rimba II 5-4 menerusi sepakan penalti selepas masa sebenar tamat tanpa jaringan.

SR Datu Ratna Haji Muhammad Jaafar, Kiarong pula meraih tempat ketiga selepas menang 6-5 ke atas SR Tungku menerusi sepakan penalti selepas perlawanan masa sebenar berakhir 0-0.

Pada perlawanan tersebut juga, dua orang pemain SR Rimba I masing-masing turut menerima Anugerah Individu iaitu Pemain Terbaik yang dimenangi oleh Awangku Mohd Idzzaham Aleshahmezan bin Pengiran Metali dan Penjaring Terbanyak dijulang oleh Awangku Mohd Hakeem bin Pengiran Laila Putra Sari.

Haji Zakaria menyampaikan Piala Juara kepada Kapten SR Rimba 1 dan Pemain Terbaik Kejohanan, Awangku Mohd Idzzaham Aleshahmezan.
Haji Zakaria menyampaikan Piala Juara kepada Kapten SR Rimba 1 dan Pemain Terbaik Kejohanan, Awangku Mohd Idzzaham Aleshahmezan.

Hadir ke SR Datu Ratna Haji Muhammad Jaafar, bagi menyaksikan kejohanan dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah ialah Pemangku Penolong Pengarah, Jabatan Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan, Haji Zakaria bin Haji Duraman.

Kejohanan itu merupakan aktiviti tahunan anjuran Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan dan bagi Kawasan Brunei III tahun ini ia telah dikendalikan oleh SR Rimba I, Kluster 4.

ARTIKEL YANG SAMA