SR Rimba rai pelajar

SR Rimba rai pelajar

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Nov – Seramai 54 orang murid pra sekolah dan 74 orang pelajar Tahun 6 telah diraikan pada Majlis Konvokesyen Murid Prasekolah dan Majlis Konvokesyen Murid Tahun 6, Sekolah Rendah (SR) Rimba I yang berlangsung di dewan sekolah berkenaan, baru-baru ini.

Acara dimulakan dengan bacaan doa selamat yang diketuai oleh Awang Mohd Alini selaku Ketua Guru Ugama SR Rimba 1 dan dikuti dengan kata alu-aluan oleh Guru Besar Rimba I, Dayang Aji binti Haji Ahmad.

Majlis diserikan lagi dengan acara tarian dan persembahan nyanyian ‘You Raise Me Up’ oleh para murid sekolah berkenaan.

Dayang Aji bersama para pelajar cemerlang PSR yang diraikan di majlis berkenaan.
Dayang Aji bersama para pelajar cemerlang PSR yang diraikan di majlis berkenaan.
Antara murid-murid yang diraikan di majlis berkenaan.
Antara murid-murid yang diraikan di majlis berkenaan.

Majlis kemudian menyaksikan penyampaian sijil kepada para murid yang diraikan dan penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang PSR yang disampaikan oleh Dayang Aji.

Majlis juga menyaksikan penganugerahan pelajar cemerlang keseluruhan setiap peringkat dan Penganugerahan Murid Progresif (Progressive Student Award).

Seramai 12 orang murid menerima Anugerah Murid Progesif yang mana murid-murid ini menunjukkan peningkatan pantas pencapaian akademik dari semasa ke semasa.

ARTIKEL YANG SAMA