SR Sembawang lawat SR Anggerek Desa

SR Sembawang lawat SR Anggerek Desa

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Mac – Seramai 17 orang murid bersama dua orang guru dari Sekolah Rendah (SR) Sembawang, Singapura telah mengadakan lawatan sambil belajar ke SR Anggerek Desa.

Semasa di SR Anggerek Desa, mereka telah mengikuti sesi pembelajaran bersama murid-murid Tahun 5, yang dibahagi kepada tiga kumpulan iaitu Design & Technology (Rekabentuk & Teknologi) dalam Tahun 5A, Social Studies (Pengajian Sosial) dalam Tahun 5B dan Science (Sains) dalam Tahun 5C.

Mereka juga dibawa ke dewan sekolah untuk menyertai aktiviti permainan tradisional kanak-kanak Brunei Darussalam dan menghasilkan kraftangan hiasan dinding menggunakan batang kayu aiskrim.

Gambar ramai para pelajar dan guru SR Sembawang, Singapura bersama guru dan pelajar SR Anggerek Desa.
Gambar ramai para pelajar dan guru SR Sembawang, Singapura bersama guru dan pelajar SR Anggerek Desa.

Permainan tradisional yang telah mereka pelajari dan main bersama rakan-rakan mereka dari SR Anggerek Desa ialah Bit-bit Ucing, Talang Gatah, Bilun, Inambang dan Simban.

Kemuncak lawatan yang bermula dengan bacaan Surah Al-Fatihah itu diakhiri dengan bacaan Surah Al-Asr itu ialah penyampaian cenderahati dan sijil kepada para pengunjung.

ARTIKEL YANG SAMA