SR Sengkurong johan badminton

SR Sengkurong johan badminton

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Ogos – Sekolah Rendah (SR) Sengkurong merangkul kedua-dua kejuaraan kategori lelaki Kejohanan Badminton Sekolah-Sekolah Rendah Bagi Kawasan Brunei IV, 2015 yang telah berakhir hari ini.

Dalam kejohanan tahunan anjuran Jabatan Pendidikan Kokurikulum (JPKK) itu SR Panglima Berudin Limau Manis pula menjuarai Kategori Perseorangan Perempuan, sementara SR Mulaut meraih kejuaraan Kategori Beregu Perempuan.

Menjuarai Kategori Perseorangan Lelaki ialah Md Akmal Firdaus bin Md Ali dari SR Sengkurong, manakala naib juara dimenangi SR Junjungan dan tempat ketiga menjadi milik SR Mulaut menerusi pemainnya, Mohd Hazwan Hasanayn bin Ismail.

Kategori Perseorangan Perempuan dijuarai pemain SR Panglima Berudin, Naszirah binti Jimey, manakala pemain SR Junjongan di tempat kedua dan SR Sengkurong di tempat ketiga melalui Aleeya Farhanah binti Haji Mohd Azim.

Juara Kategori Beregu Lelaki ialah Md Nazri bin Danan dan Adi Hamizan bin Mat Azlan dari SR Sengkurong, diikuti pasangan dari SR Junjongan selaku naib juara dan pasangan dari SR Bengkurong, Hamizan bin Ali Hamzah dan Mohd Khairul Hisyam bin Haji Norihwan di tempat ketiga.

Nurul Rabiatul Najihah binti Kamal dan Nurul Rabiatul Adawiyah binti Haji Jorimee yang mewakili SR Mulaut menjuarai Kategori Beregu Perempuan, sementara pasangan dari SR Junjongan menduduki tempat kedua dan pasangan dari SR Lumapas, Ainul Bazilah binti Haji Hassan dan Qistina Nur Bilqis binti Rosdy memenangi tempat ketiga.

Menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang di Dewan Sekolah Sukan, Kampung Pulaie ialah Ketua Unit Jasmani, JPKK, Kementerian Pendidikan, Pengiran Jusri bin Pengiran Haji Hassim sambil diiringi Penolong Ketua Unit Jasmani, JPKK, Mohamad bin Haji Mohd Saat. – Hasrulraizan