SR Sg Tali prihatin terhadap anak yatim

SR Sg Tali prihatin terhadap anak yatim

Oleh Anwar Rosly

KUALA BELAIT, 16 Julai – Sekolah Rendah Sungai Tali Lumut II, telah menghulurkan sumbangan kepada lapan orang anak yatim di sekolah berkenaan dan dua keluarga di bawah Program Keluarga Nur Qaseh, bagi membantu meringankan beban mereka.

Sumbangan berupa wang tunai dan keperluan khas sempena menjelan Sambutan Hari Raya Aidilfitri itu disampaikan oleh Pegawai Diperbantukan Kluster 6, Jabatan Sekolah-sekolah Daerah Belait, Awang Mohammad Hatta bin Haji Suhaili, selaku tetamu kehormat majlis yang berlangsung di dewan serba guna sekolah berkenaan, hari ini.

Pengerusi majlis, Dayang Suzie Dawaty binti Awang Alipin menjelaskan Program Keluarga Nur Qaseh merupakan salah satu inisiatif sekolah tersebut untuk membantu keluarga yang susah dan kekurangan, yang mana ia diadakan setiap tahun.

Tambah beliau lagi, objektif sumbangan derma itu adalah untuk mengeratkan silaturahim antara ibu bapa dan guru-guru serta membantu keluarga yang memerlukan bantuan dalam bulan Ramadan.

Tetamu kehormat menyampaikan sumbangan kepada salah seorang pelajar yang diraikan.
Tetamu kehormat menyampaikan sumbangan kepada salah seorang pelajar yang diraikan.

ARTIKEL YANG SAMA