SR SUAS jaguh badminton Zon IIB

SR SUAS jaguh badminton Zon IIB

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Ogos – Kejohanan Badminton Sekolah-sekolah Rendah Kawasan Brunei IIB Tahun 2015 berakhir kelmarin dengan Sekolah Rendah (SR) Sultan Umar Ali Saifuddien (SUAS) Muara menjuarai dua daripada empat kategori yang dipertandingkan iaitu Perseorangan Perempuan dan Beregu Lelaki.

Juara Perseorangan Perempuan ialah Natalia Anak Jefri, yang mengalahkan Nursyahida Juliana binti Julali dari SR Batu Marang, manakala Beregu Lelaki dijuarai pasangan Mohd Hamizul Hazan dan Mohd Zulkarnain, yang menewaskan pasangan Mohd Azril Muiz dan Mohd Amirul Syafwani dari SR Tanjong Kindana.

Perseorangan Lelaki dijuarai Awangku Ihsanuddin bin Pengiran Ibrahim dari SR Dato Haji Mohd Yassin selepas dia mengalahkan Awangku Abdul Mateen Noor Haikal Akmal dari SR Delima Satu pada perlawanan akhir.

Tempat ketiga dimenangi Mohd Noorazlan bin Rosli dari SR Sultan Abdul Bubin Sungai Besar.

Pengiran Jusri (sembilan kiri) bersama para pemenang, AJK Kejohanan dan guru-guru pengawas.
Pengiran Jusri (sembilan kiri) bersama para pemenang, AJK Kejohanan dan guru-guru pengawas.

Pasangan dari SR Delima Satu, Dayangku Amirah Nurul Wafiqah dan Sarah Syakirah yang menang ke atas pasangan dari SR Angkatan Tentera Laut Diraja Brunei, Alyssa Syafikah dan Aimi Fitri pada perlawanan akhir untuk menjuarai Beregu Perempuan.

Hadir ke Dewan Sekolah Sukan, Kampung Pulaie menyaksikan perlawanan akhir dan menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Ketua Unit Jasmani, Jabatan Pendidikan Kokurikulum (JPKK), Kementerian Pendidikan, Pengiran Jusri bin Pengiran Haji Hassim.

Kejohanan anjuran JPKK, Kementerian Pendidikan yang bermula 5 Ogos itu telah disertai 10 buah sekolah dalam Kawasan Brunei IIB.

ARTIKEL YANG SAMA