SR SUAS juarai sepak takraw sekolah rendah

SR SUAS juarai sepak takraw sekolah rendah

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Mei – Sekolah Rendah (SR) SUAS Muara muncul juara Kejohanan Sepak Takraw Sekolah-sekolah Rendah Kawasan Brunei IIB Negara Brunei Darussalam, 2016 selepas menang dua set berbalas satu ke atas SR Tanjung Kindana.

Sementara SR Batu Marang terpaksa akur di tempat ketiga dalam perlawanan tersebut. Manakala Anugerah Pemain Terbaik pula dimenangi oleh Mohd Khairulazmi dari Pasukan SR SUAS Muara.

Hadir menyaksikan perlawanan akhir berkenaan sebelum menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Ketua Unit Kegiatan Luar Sekolah, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan, Pengiran Othman bin Pengiran Karim.

Sebanyak 12 buah sekolah rendah dalam Kawasan Brunei IIB telah menyertai kejohanan tahunan anjuran Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan.

Pengiran Othman (sembilan kanan) bergambar ramai bersama empat pasukan terbaik sepak takraw sekolah rendah Kawasan Brunei IIB.
Pengiran Othman (sembilan kanan) bergambar ramai bersama empat pasukan terbaik sepak takraw sekolah rendah Kawasan Brunei IIB.

ARTIKEL YANG SAMA