SR Sungai Hanching juara Catur

SR Sungai Hanching juara Catur

Oleh Salawati Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Nov – Sekolah Rendah (SR) Haji Mohd Salleh Sungai Hanching muncul johan dalam Kategori Berkumpulan Pertandingan Catur antara sekolah-sekolah kerajaan dan swasta anjuran Persekutuan Catur Brunei (BCF) yang berlangsung di Dewan Sekolah Rendah Lambak Kanan Jalan 49, hari ini.

Sebanyak tiga kategori dipertandingkan iaitu Kategori Lelaki, Kategori Perempuan dan Kategori Berkumpulan yang ditaja oleh CfBT.

Hadir menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan ialah Penolong Pengarah/ Ketua Bahagian Pengurusan Prestasi di Jabatan Sekolah-sekolah, Awang Nudin bin Haji Mohamad.

Dalam pertandingan Kategori Berkumpulan, berada di tempat kedua adalah Sekolah St Andrew dan Sekolah Chung Hwa di tempat ketiga.

Johan berkumpulan bergambar ramai bersama tetamu kehormat.
Johan berkumpulan bergambar ramai bersama tetamu kehormat.

Sementara itu, pemenang tempat pertama bagi Kategori Lelaki dan Perempuan dimenangi oleh Awang Mohd Habibullah Zuadi dari SR Haji Mohd Salleh Sungai Hanching dan Esther King Xuan En dari Sekolah St Andrew.

Awang Mohd Hafizul bin Mohd Shain dan Awang Mohd Nezri bin Azman masing-masing berada di tempat kedua dan ketiga bagi Kategori Lelaki.

Manakala bagi Kategori Perempuan di tempat kedua dan ketiga diraih oleh Eugenia Chiew Jen Yan dan Amberina Larg.

ARTIKEL YANG SAMA