SR Tanjong Kindana jaguh sepak takraw

SR Tanjong Kindana jaguh sepak takraw

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Sept – Sekolah Rendah (SR) Tanjong Kindana menang ‘straight’ set 15-8 dan 15-6 ke atas SR Serasa dalam perlawanan akhir untuk muncul juara Kejohanan Sepak Takraw Sekolah-Sekolah Rendah Kawasan Brunei IIB Negara Brunei Darussalam 2015.

Manakala pemain tekong SR Tanjong Kindana yang tinggi lampai iaitu Md Hairul Haziq bin Abdul Kadir telah diumumkan selaku penerima Anugerah Pemain Terbaik kejohanan.

Memenangi tempat ketiga kejohanan tahunan anjuran Jabatan Pendidikan Kokurikulum (JPKK), Kementerian Pendidikan itu ialah SR Dato Haji Mohd Yassin, Mentiri, manakala SR Batu Marang memenangi tempat keempat.

Pemain SR Tanjong Kindana (hijau), SR Serasa (kuning), SR Dato Haji Mohd Yassin (biru), SR Batu Marang bergambar ramai bersama Pengiran Jusri (enam kanan), AJK Kejohanan dan guru pengawas.
Pemain SR Tanjong Kindana (hijau), SR Serasa (kuning), SR Dato Haji Mohd Yassin (biru), SR Batu Marang bergambar ramai bersama Pengiran Jusri (enam kanan), AJK Kejohanan dan guru pengawas.

Hadir menyaksikan perlawanan akhir dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada pemenang ialah Ketua Unit Jasmani, JPKK, Kementerian Pendidikan,

Pengiran Jusri bin Pengiran Haji Hassim sambil diiringi Penolong Ketua Unit Jasmani, JPKK, Mohamad bin Haji Mohd Saat.

Kejohanan yang telah disertai 12 buah sekolah rendah dalam kawasan Brunei IIB berkenaan telah mengambil tempat di Dewan Serbaguna Sekolah Sukan, Kampung Pulaie, Berakas.