SR YSHHB anjur mari bercerita

SR YSHHB anjur mari bercerita

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Mei – Seramai 14 murid dari tujuh buah kelas Tahun 2 Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SR YSHHB) ikut bertanding dalam Peraduan Talent Time 2.0 : Mari Bercerita anjuran sekolah berkenaan yang diadakan di Dewan Taska Sekolah YSHHB, kelmarin.

Peraduan itu dijuarai oleh pasukan gabungan Zara Rozqiyya binti Zunaidi dan Abdul Malek bin Muhammad Shahrol, disusuli di tempat kedua oleh Abdul Qahar bin Khairul Shaharim dan Siti Hawa binti Dr. Mohamad Ady Adillah.

Manakala, Dayangku Siti Aisyah Al-Humaira binti Pengiran Zainuddin dan Muhd Iman Naqiuddin bin Muhd Sallehuddin mendapat tempat ketiga.

Masing-masing menerima hadiah berupa pingat dan sijil disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SR YSHHB, Awang Noorhaizamdin bin Haji Mohd Mosbi diiringi oleh Pemangku Guru Besar Sekolah Rendah YSHHB, Awang Alimas bin Haji Mohd Ali.

Peraduan tersebut menggabungkan dua orang murid dalam setiap kumpulan yang mana mereka dikehendaki menceritakan kisah haiwan cerdik yang membantu rakannya dan pada akhirnya memberi tauladan baik kepada kita semua.

Turut hadir cucunda Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Pengiran Nur Aleeyah Syifa binti Pengiran Anak Haji Mohammed Al-Mokhtar.
Turut hadir cucunda Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Pengiran Nur Aleeyah Syifa binti Pengiran Anak Haji Mohammed Al-Mokhtar.
Zara Rozqiyya dan Abdul Malek menerima hadiah pemenang pertama yang disampaikan oleh Awang Noorhaizamdin yang diiringi Awang Alimas.
Zara Rozqiyya dan Abdul Malek menerima hadiah pemenang pertama yang disampaikan oleh Awang Noorhaizamdin yang diiringi Awang Alimas.

Menurut Pengarah Program Peraduan ini, Dayang Aleaa Nur Insyirah binti Dr. Haji Alias yang juga bekas pelajar sekolah tersebut berkata, program ini dapat meningkatkan pendidikan dan kemahiran dalam era globalisasi ini.

Selain itu, ia juga memberi peluang kepada murid-murid yang menyertai pertandingan itu untuk memperluaskan kemahiran mereka sejak kecil lagi yang mampu memberi motivasi dalam meningkatkan prestasi mereka.

“Peraduan ini juga dapat melahirkan dan membina keyakinan murid berkenaan selain mahir dalam penguasaan Bahasa Inggeris,” katanya.

Turut hadir cucunda Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Pengiran Nur Aleeyah Syifa binti Pengiran Anak Haji Mohammed Al-Mokhtar.