SR YSHHB kunjungi Masjid RPN Kg Mentiri

SR YSHHB kunjungi Masjid RPN Kg Mentiri

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Nov – Lebih 30 orang pelajar Tahun 6 Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SR YSHHB), hari ini, telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Masjid Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Mentiri yang diadakan untuk mendedahkan lagi para pelajar mengenai latar belakang masjid dan aktiviti-aktivitinya.

Sejurus sampai di masjid berkenaan, para pelajar yang diketuai oleh Pemangku Pengetua SR YSHHB, Awang Alimas bin Haji Mohd Ali berkenaan telah mengadakan Solat Sunat Tahiyatul Masjid dan seterusnya Solat Sunat Duha serta Solat Hajat berjemaah.

Antara aktiviti yang dilakukan semasa berada di masjid berkenaan adalah menyaksikan tunjuk ajar pengurusan jenazah dan bergotong-royong membersihkan kawasan masjid.

SR YSHHB berharap dengan adanya lawatan dan aktiviti yang berunsur kebajikan dan keagamaan ini akan dapat menjadikan para pelajar mencintai masjid. Antara tujuan lain lawatan sambil belajar ini adalah untuk mengimarahkan masjid, mendidik pelajar supaya ikhlas membuat kerja-kerja amal, memupuk budaya suka bersedekah, mencintai perkara-perkara keagamaan dan berusaha menjadi hamba yang baik di sisi Allah SWT.

Imam masjid berkenaan, Haji Makshud ketika menunjukkan tatacara memandikan jenazah semasa lawatan tersebut.
Imam masjid berkenaan, Haji Makshud ketika menunjukkan tatacara memandikan jenazah semasa lawatan tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA